Pagi-pagi aku dah emosional.. Aku rasa SEDIH sahaja hari ini.. Tapi bukan menangis adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan bukan?? Cuba kamu berada di tempat saya, macam mana reaksi dan tindakan kamu jika ayahmu seperti menentukan hala tuju hidupmu?? mesti ada yang rasa tidak puas hati bukan?? Tapi mesti ada yang mengikut sahaja apa yang disuruh kerana mereka ibu bapa kita.. Macam itulah yang aku rasa pada permulaannya.. 'Dia' memberitahu supaya aku stay di sini dan melanjutkan pelajaran di sini sahaja.. Sedangkan aku beria-ria memikirkan ingin ke matrik kerana mementingkan kos di sana kerana keluargaku sering berhadapan dengan masalah kewangan.. Tetapi apakan dayaku, aku harus menurutinya kerana FIRST, atas nasihat ibuku.. Kata ibuku, ikut sahajalah katanya kerana ada hikmah di sebalik semua ini.. Lagipun, redha Allah terletak pada redha ibu bapa.. Then, Allah akan memudahkan urusan kita.. KEDUA, kerana aku telah berfikir panjang seperti nasihat ibuku.. Yalah, kalau aku ingkar dengannya, aku tentu mengulang kesilapan lalu.. Dan boleh menyebabkan hubunganku dengan keluarga renggang.. Jadi, keputusanku MUKTAMAD.. Aku memutuskan untuk menurutnya walau apa-apa sekalipun sebabnya.. Lagipun, keluargaku itu hartaku yang tidak ternilai.. Aku memutuskan untuk mengorbankan apa kehendak aku.. Jadi, aku berharap aku dapat menerima semua ini dengan hati yang tenang dan tabah.. Semoga perjalanan hidupku dan keluargaku dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Amin.. Bahasa baku lah pulak.. Hehe.. Aku hendak mempertingkatkan BM aku..


0 luahan to "Pengorbanan"

Post a Comment

expression